Print
Category: Uncategorised
Hits: 209

 

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kuala Perlis telah diasaskan ada 1 Januari 1979. Hasrat untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah di Kuala Perlis dicetuskan sejak 10 tahun sebelumnya oleh masyarakat setempat dengan pimpinan  Allahyarham Y.B Tuan Haji Mohd. Noor bin Yob (ADUN Kuala Perlis). Sekolah Menengah Kuala Perlis dimulakan dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis pada sebelah petang.  Pengambilan pertama ialah seramai 281 orang pelajar.  Tingkatan 1 sebanyak 5 kelas dan 2 kelas peralihan.

Peperiksaan SRP ditawarkan pada 1982 dan diikuti dengan SPM pada tahun  1984.  Komposisi pelajar ialah 65% Melayu dan 35% Cina.  Sekolah-sekolah rendah yang menyalurkan pelajar-pelajarnya ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Sekolah Kebangsaan Padang Besar(S), Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Choon Siew dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khay Beng.

Lokasi Sekolah yang sedang beroperasi sekarang merupakan sekolah pesisiran pantai dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Kawasan sekitar sekolah terdapat sawah padi dan berlatar belakangkan laut Selat Melaka.  Sekolah ini terdiri daripada 10 blok iaitu blok A(bengkel KH), blok B (pejabat dan kelas-kelas tingkatan 5, blok C (tingkatan 4 dan tingkatan 6 Atas, blok D (makmal untuk menengah rendah  dan di tingkat atasnya ialah bilik tayangan, Bilik SAL dan Pusat Sumber. Blok E pula terdapat bilik ERT (bilik jahitan, bilik masakan, stor barang dan peralatan kebersihan dan di tingkat atas blok E terdapat kelas-kelas untuk tingkatan 4. Blok F pula terdapat Koperasi Sekolah dan makmal sains untuk menengah atas dan di tingkat atas terdapat Bilik Wawasan dan Makmal  Biologi.  Di tingkat dua terdapat bilik-bilik kelas untuk tingkatan 3.  Blok G juga terdiri daripada bilik-bilik kelas untuk tingkatan 3 Cemerlang, bilik sukan, klinik gigi dan di tingkat 1 terdapat bilik mesyuarat, bilik bimbinngan kaunseling dan bilik peperiksaan.  Tingkat 2 blok G pula terdapat kelas-kelas. di tingkat 3 (atas) terdapat bilik-bilik kelas untuk tingkatan tiga. Blok H pula di bahagian bawah ialah bengkel KH, tingkat 1 pula ada bilik kelas, makmal sains, di tingkat 2 terdapat makmal fizik, makmal kimia, dan bilik seni. Blok I terletak di belakang kawasan sekolah dan sentiasa terdedah dengan tiupan angin kencang sama ada angin dari laut ataupun darat. Blok I menempatkan stor sukan di bahagian bawah dan kelas-kelas untuk tingkatan 1. Tingkat 1 menempatkan bilik komputer untuk kelas MPV, bilik seminar (digunakan untuk bermesyuarat dan perjumpaan yang ramai), di tingkat 2 terdapat bilik-bilik kelas untuk tingkatan 2 dan di tingkat atas (tingkat 3) menempatkan kelas-kelas untuk tingkatan 1.

SMK Kuala Perlis telah mendapat bengkel untuk kelas Katering dan Penyajian. Bengkel ini digunakan untuk pelajar tingkatan 4 yang berminat dalam lapangan tersebut dan telah mula beroperasi pada awal Januari 2010.

SMK Kuala Perlis juga telah diperuntukkan sebuah dewan dan telah beroperasi mulai Januari 2010.