PENILAIAN ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH- SEKOLAH KPM - BANK ISLAM KALI KE 7 2019

 

SMK Kuala Perlis, 7 Ogos 2019 – SMK Kuala Perlis (Sekolah Kluster Kecemerlangan) telah didatangi penilai-penilai untuk Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) 2019 bertempat di Musalla Al Muttaqin, SMK Kuala Perlis.

Untuk ASISS, penilaian dibuat dari segi kebersihan, inovasi, aktiviti serta inisiatif yang diterapkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk mengimarahkan musalla. Oleh itu, setiap sekolah yang terlibat akan menjalani sesi penilaian dan disenarai pendek untuk peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Semoga SMK Kuala Perlis beroleh kejayaan di dalam Anugerah ini.